Perebutan jawatan Ketua Pemuda perlu terbuka

KUALA LUMPUR 4 APRIL 2008 Pengerusi Biro Anti-Dadah dan Gejala Sosial Pemuda UMNO, Datuk Idris Haron berkata, semua ini memang sejajar dengan kehendak demokrasi selain penilaian yang lebih luas dapat dilakukan.

Menurutnya, namun secara peribadi, beliau berharap agar pemimpin yang menawarkan diri ini hendaklah mereka yang berusia dalam lingkungan yang tidak jauh daripada umur belia.

‘‘Lebih cantik lagi kalau bukan daripada Pemuda sekali pun, mereka ini setidak-tidaknya datang dari ‘kilang’ Pemuda. Jadi, tidak wujud jurang selain idealisme Pemuda itu masih kuat untuk kelicinan dalam menjalankan tanggungjawab.

‘‘Harus diingat, siapa yang terpilih mempunyai tanggungjawab yang amat besar ketika parti kita berdepan dengan pelbagai cabaran khususnya daripada pengundi muda.

‘‘Hishammuddin adalah contoh terbaik kerana beliau mengambil alih ketika era reformasi yang waktu itu orang hendak pakai baju Pemuda pun tak nak, tetapi akhirnya semua itu berjaya diubah ke tahap membanggakan seperti hari ini,’’ katanya.

Hishammuddin semalam menamatkan teka teki berhubung kedudukannya pada pemilihan parti Disember ini apabila mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan yang disandangnya sejak tahun 1998 itu.

Setakat ini, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir menyatakan minat untuk merebut jawatan itu, manakala Naib Ketua, Khairy Jamaluddin dan seorang anggota Kabinet disebut-sebut bakal menawarkan diri.

Sementara itu, Pengerusi Biro Pendidikan Pemuda UMNO, Ahmad Ikmal Ismail berkata, memang sepatutnya perebutan jawatan Ketua Pemuda dibiarkan terbuka kerana Pemuda UMNO perlu mencari calon paling layak untuk memimpin pergerakan itu.

Katanya, namun harus diingat, mereka yang berhasrat merebut jawatan nombor satu dalam Pemuda itu mesti tahu bahawa jawatan itu membawa bersama tanggungjawab dan amanah yang besar.

‘‘Banyak cabaran baru menanti antaranya bagaimana Pemuda hendak menangani isu Internet dan blog yang semua ini tidak ada pada masa dulu.

‘‘Sebab itu, saya berharap sesiapa yang akan duduk di jawatan itu mestilah mereka yang berfikiran terbuka untuk menerima pendapat bukan sahaja Exco, tetapi ahli akar umbi,’’ jelasnya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda UMNO, Datuk Sazmi Miah berkata, adalah wajar untuk jawatan Ketua Pemuda dibiarkan untuk ditandingi sesiapa sahaja yang berminat.

Lagi pun, katanya, seperti mana kata Hishammuddin, jawatan itu tidak semestinya secara tradisi untuk ditandingi oleh Naib Ketua.

‘‘Kita perlu beri ahli dan perwakilan peluang untuk menentukan pilihan yang dianggap terbaik untuk menerajui Pemuda.

‘‘Dan bagi saya, lebih sesuai sekiranya yang menjadi pengganti itu datangnya dari dalam Pemuda sendiri. Itu membantu lebih memahami Pemuda,’’ ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda UMNO, Johan Abd. Aziz berkata, soal pemilihan Ketua Pemuda memang perlu dibiarkan kepada akar umbi untuk bersuara.

Oleh itu, katanya, sesiapa sahaja yang difikirkan layak, akar umbi akan mencalonkan pemimpin-pemimpin tersebut.

‘‘Biarlah ia terbuka dan bertanding secara sihat kerana ia untuk kebaikan parti itu sendiri.

‘‘Akar umbi juga yang akan menentukan bila tiba masanya kelak,’’ ujarnya.

One Response

  1. Pada saya sudah tidak sesuai rebut, merebut, perebutan jawatan dalam parti.

    Saya pernah komen Mukhriz Mahathir, di Facebook, senaraikan apa yang dia mahu lakukan supaya ahli boleh memilihnya sebagai ketua.

    Sememangnya dalam amalan demokrasi sesiapapun boleh menawarkan diri untuk berkhidmat sebagai ketua. Pun begitu, bukanlah dengan mendedahkan aib orang lain supaya kelihatan cantik selaku pemimpin.

    Budaya baru perlu dimulakan di peringkat sayap pemuda, supaya kelak mereka pemimpin berwibawa bila parti memerlukan pemimpin sedemikian di tampok yang lebih tinggi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: