IPTA medan atlit perluas bakat

IPTA medan atlit perluas bakat

Oleh Hassan Omar

KOTA KINABALU: Kementerian Pengajian Tinggi mahu masyarakat, khususnya mahasiswa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mengikis tanggapan kononnya IPTA adalah ‘kubur’ bagi penuntut yang aktif bersukan.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata IPTA adalah antara medan terbaik untuk penuntutnya mengembangkan bakat masing-masing tanpa mengabaikan tanggungjawab sebagai penuntut.

“Kemudahan sukan di IPTA semakin baik dan akan terus ditingkatkan. Justeru, tanggapan IPTA adalah `kubur’ bagi atlit adalah salah dan tidak relevan lagi, sebaliknya IPTA adalah institusi terbaik bagi atlit mengembangkan bakat sukan selepas alam persekolahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum), di Universiti Malaysia Sabah (UMS), Likas, di sini, malam kelmarin.

Teks ucapannya dibacakan Timbalannya, Datuk Idris Haron. Hadir sama Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Mohd Noh Dalimin dan Pengerusi Masum, Prof Madya Omar Osman.

Kejohanan selama seminggu bermula kelmarin itu disertai lebih 2,000 peserta dalam 11 acara daripada 20 Ipta.

Antara acara dipertandingkan adalah tenis, bola keranjang, bola jaring, bola tampar, ragbi, futsal, catur, golf, ping pong, memanah dan tae kwan do.

Mohamed Khaled berkata, bagi menggalakkan lebih ramai penuntut IPTA bergiat aktif dalam sukan, kementerian itu bersedia menyediakan biasiswa sukan kepada lebih ramai penuntut, sejajar keputusan Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, kemampuan penuntut Ipta mewakili negara bukan saja mengharumkan nama Ipta masing-masing malah negara seperti Mohd Azlan Mubin dalam sepak takraw, M Jivan (hoki) dan Che Chew Chan (tae kwan do).

Sehubungan itu, katanya, kementerian berkenaan akan terus memperkukuh sukan di Ipta alam membentuk `atlit yang berfikir’ sejajar usaha kerajaan memajukan modal insan.

Bagaimanapun, katanya, usaha itu tidak akan berjaya jika penuntut Ipta menganggap institusi berkenaan hanya sebagai medan untuk menimba ilmu demi segulung ijazah.

4 Responses

  1. Kenapa di batalkan MOU dengan Al-Azhar?? Seimbangkan pemabnguunan Insan dan Industri..Seimbangkan

  2. Assalamuai’alaikum Dato.

    Saya lihat prestasi sukan di kalangan mahasiswa masih belum menyumbang secara maksimum kepada pembangunan sukan negara. Biasanya mereka ini akan tamat sumbangan mereka dalam sukan apabila habis belajar.

    Saya mencadangkan Kementerian boleh pilih atlit yang elit untuk betul2 meneruskan perjuangan mereka dalam sukan di peringkat negara dan antarabangsa juga. Mereka ini dilatih secara konsisten dan terancang.

    Atlit kebangsaan kita harus mempunyai latarbelakang akademik dan sahsiah yang seimbang.

    Saya juga mencadangkan agar kementerian mengadakan latihan kepimpinan yang membina jati diri yang kuat secara berterusan di kalangan mahasiswa. Saya lihat jati diri mahasiswa sekarang terlalu fragile menyebabkan mereka tidak ada daya tahan yang tinggi. Malah idealisme di kalangan mereka juga sangut rapuh. Jika berpolitik pun, sekadar politik melulu.

    Program kepimpinan di kalangan mahasiswa boleh libatkan sekali dengan Majlis Belia Malaysia (MBM). Saya percaya dengan kedudukan Dato sebagai orang nombor dua MBM mampu membawa perubahan dalam meningkatkan kualiti mahasiswa kita hari ini.

    Mohd Hilmi Ramli
    Presiden
    Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

  3. Dato..sila komen tentang masalah Al-Azhar MOu dgn Malaysia

  4. Halo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: