60% pensyarah lulusan PhD di universiti menjelang 2020

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 1 Julai – Kementerian Pengajian Tinggi menyasarkan sekurang-kurangnya 60 peratus pensyarah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di seluruh negara memiliki kelulusan doktor falsafah (PhD) menjelang 2020.

Timbalan Menterinya, Datuk Idris Haron berkata, setiap IPTA di seluruh negara memiliki secara purata 30 peratus pensyarah berkelulusan PhD dan dijangka terus meningkat setiap tahun.

“Kini, hanya Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaya memiliki jumlah purata pensyarah melebihi 30 peratus berkelulusan PhD.

“Kita memerlukan lebih banyak pensyarah sebegini sebagai langkah untuk melahirkan mahasiswa yang berkualiti pada masa hadapan sebagai langkah untuk memenuhi permintaan pasaran pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pendidikan Tinggi Kebangsaan 2008 anjuran Asia Executive Program Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Turut hadir ialah Naib Canselor Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech, Profesor Senator Datuk Dr. Ismail Md. Salleh.

Idris berkata, sasaran itu adalah sebahagian daripada pelan strategik pendidikan tinggi negara untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif di setiap IPTA di negara ini.

“Kita harus memiliki strategi serta perancangan yang berkualiti dalam usaha untuk melahirkan mahasiswa yang berkualiti pada masa akan datang,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, seminar tersebut bertujuan untuk mencari dan merangka strategi baru bagi memajukan sistem pendidikan tinggi di negara ini.

“Melalui seminar ini, kita harap dapat melahirkan universiti yang berkualiti setaraf universiti terkemuka antarabangsa,” katanya.

Beliau juga berharap seminar itu dapat melahirkan strategi baru untuk mengurangkan kadar pengangguran di kalangan mahasiswa selepas tamat pengajian mereka.

“Kita juga akan mengkaji semula sukatan pelajaran di setiap IPTA supaya ia menepati kehendak pasaran pekerjaan,” katanya.

2 Responses

  1. Kita perlu melihat pendidikan di Malaysia secara total.

    Jika maksudnya ialah mahasiswa mahasiswi berkualiti dihajatkan, ertinya pendidikan sejak tadika atau tabika, diteliti untuk tujuan dikaitkan.

    Sedikit pincang jika golongan ini dilihat secara berasingan, tanpa kaitannya dengan pendidikan sejak sedari awal.

    Takrif pendidikan ialah education, to educe. Jadi pendekatannya bukanlah pensyarah memberi input kepada mahasiswa mahasiswi, namun pensyarah mengeluarkan potensi daripada mahasiswa mahasiswi.

    Sebagai contoh, pensyarah yang hebat berkelulusan Ph D, memetik pancar projektor lepas kepala, 10 fakta penting perihal satu topik. Mahasiswa mahasiswi kemudian mencatit, menghafal dan mencurahkan kembali melalui peperiksaan. Walaupun lulus secara akademik kemudiannya, namun mahasiswa mahasiswi ini, bakal mengingati sebahagian daripada 10 fakta berkenaan, dan ini tidak menyumbang erti dan makna kepada sektor pekerjaan.

    Pensyarah yang sebenarnya ialah insan yang membentangkan suatu situasi, dan mahasiswa mahasiswi mengeluarkan kemungkinan 100 fakta, dan memilih yang terbaik khas untuk situasi berkenaan. Keupayaan educe ini, berguna kepada sektor pekerjaan, dan inilah kualiti yang diharapkan dari mahasiswa mahasiswi.

    Pensyarah yang berkelulusan sesuatu ijazah belum tentu mampu menjadi pensyarah yang baik. Ini adalah kerana, kelulusan ini adalah kelulusan bidang. Sedangkan yang diperlukan ialah kemahiran pensyarah mengajar mahasiswa mahasiswi.

    Saya cadangkan dalam tempoh masa hadapan, wujud Universiti Pendidik Malaysia. Di sini, pensyarah mendidik pensyarah untuk mendidik mahasiswa-mahasiswi.

  2. PENDIDIKAN

    TOTAL

    Pendidikan Sebenarnya

    PERSOALANNYA

    Persoalannya ialah:

    Pendidikan, dan

    Pendidikan total, atau

    Pendidikan yang sebenarnya.

    Sebelum mengupas persoalan tersebut dan mencadangkan jawapan penyelesaiannya, disentuh dahulu secara sepintas lalu, perihal “Soalan Bertenaga”, dan “Pertanyaan Bertenaga”.

    Anda mungkin pernah mendengar soalan bertenaga, iaitu:

    Siapa,

    Apa,

    Bila,

    Di Mana,

    Kenapa, dan

    Bagaimana.

    Pernahkah anda mendengar “Pertanyaan bertenaga”?

    Pertanyaan Bertenaga berkaitan dengan kemajuan berterusan.

    Pertanyaan bertenaga ialah turutan putaran 4 pertanyaan, yang boleh ditanya berulangkali walaupun melebihi 10 kali putaran, iaitu:

    01. Di manakah kita sekarang?

    02. Ke manakah yang kita tuju?

    03. Bagaimana kita bergerak dari mana kita sekarang, ke mana yang kita tuju?

    04. Di manakah kita sekarang?

    Mana?

    Perkataan mana, terdapat dalam setiap tahap pertanyaan bertenaga tersebut.

    Sehubungan dengan “mana”, ialah yang berkaitan dengan pendidikan total, dan peluang kita menjadikan Malaysia sebagai pusat pendidikan dunia, ialah:

    Kita bergerak dari “Inikah pendidikan?”, kepada “Inilah pendidikan!”

    Bezanya Cuma k dalam inikah, dan l, dalam inilah.

    Setakat ini pendidikan di institusi pendidikan di Malaysia khususnya dan di dunia amnya bukan pendidikan total dan bukan pendidikan yang sebenarnya.

    Pelaksanaan pendidikan setakat ini belum memenuhi asas kepada seluruh kehidupan individu dan kejayaan total individu tersebut di dunia kini dan di dunia kelak.

    Pendidikan total ialah pendidikan yang sebenarnya.

    Apakah bezanya pendidikan, dengan pendidikan total, atau pendidikan yang sebenarnya?

    Terlebih dahulu, pendidikan bukan pelajaran.

    Pelajaran adalah satu bab dalam sebuah buku, yang digunakan dalam perlangsungan pendidikan, di seluruh institusi pendidikan.

    Pendidikan bukan pengajian tinggi.

    Pengajian tinggi adalah hanya peringkat yang tinggi, sesuatu ngajian individu terhadap sesuatu aspek dalam perlangsungan pendidikan, di institusi pendidikan.

    Sedangkan pendidikan ialah proses didik yang membabitkan pendidik keluarkan dari dalam diri individu yang dididik.

    Secara keseluruhannya pula, pendidikan adalah tepat, benar, dan betul, serta meliputi diantaranya insan, dasar, falsafah, etika, prinsip, kerjaya, sistem, operasi, pelaksanaan, pengisian, program, dan kegiatan yang berkaitan.

    Pendidikan total belum dilangsungkan di Malaysia sejak bermulanya sejarah pendidikan negara.

    Tiba-tiba wujud pula perubahan daripada pendidikan kepada konsep dan pendekatan seperti pelajaran, pengajian tinggi, dan seumpamanya.

    Pendidikan yang sebenarnya, sebagaimana disyorkan dalam buku ini, meliputi, di antara lain:

    v Tidak ada peperiksaan

    v Tidak ada amalan pembezaan individu yang dididik

    v Tidak ada individu yang dididik dibuang

    v Tidak ada kegagalan

    v Tempat individu dididik disebut bilik didikan, maklmal didikan, dewan didikan.

    TIDAK ADA PEPERIKSAAN

    Tidak ada peperiksaan. Tidak ada ujian. Tidak ada kuiz. Tidak ada amalan yang seumpamanya.

    Apa yang lebih penting daripada peperiksaan sebagaimana amalan sekarang, ialah individu yang dididik diukur dan dinilai berdasarkan pencapaian mereka di setiap peringkat, bersesuaian dan bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Negara.

    Selagi belum lengkap, maka dilengkapkanlah. Selagi belum sempurna, maka disempurnakanlah. Sehinggalah setiap individu yang dididik mencapai kejayaan total, di setiap peringkat pendidikan, berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.

    TIDAK ADA AMALAN PEMBEZAAN INDIVIDU YANG DIDIDIK

    Tidak ada pembezaan kelas, darjah, kategori, kasta, hirarki, usia, atau seumpamanya.

    Tidak ada kelas A, B, C, dan seumpamanya.

    Tidak ada darjah 1, 2, 3, dan seumpamanya.

    Tidak ada kategori bistari, bestari, dan seumpamanya.

    Tidak ada susunan individu yang dididik berdasarkan darjat, keturunan, pangkat, kedudukan ibu-bapa mereka.

    Tidak ada susunan pelajar berdasarkan I.Q., E.Q., atau seumpamanya.

    Tidak ada perbezaan usia.

    Malahan semua individu yang dididik melalui peringkat pendidikan yang lengkap sehingga sempurna, tanpa mengira tempoh masa.

    Masing-masing melalui tempoh masa mengikut pencapaian individu yang dididik, tanpa sebarang persaingan atau perbandingan dengan lain-lain individu yang dididik.

    TIDAK ADA INDIVIDU YANG DIDIDIK DIBUANG

    Tidak ada amalan seperti sekarang, iaitu pelajar dibuang sekolah, atau dibuang dari sekolah. Tidak ada individu yang dididik dibuang dari mana-mana satupun institusi pendidikan di seluruh negara.

    Setiap individu yang dididik, disayangi sebagai insan, dan sumber yang berharga kepada negara dan dunia.

    Penggilapan, melengkapi kekurangan sekiranya ada, menyebabkan tiada seorangpun individu yang dididik dibuang, atau dikeluarkan dari institusi pendidikan.

    TIDAK ADA KEGAGALAN

    Tidak ada kegagalan. Tiada individu yang dididik gagal atau digagalkan. Dalam pelaksanaan, pendidikan yang sebenarnya mempastikan semua individu yang dididik berjaya sepenuhnya.

    Lambat-laun, lama-kelamaan, akhirnya individu yang dididik berjaya juga di sesuatu peringkat proses pendidikan yang dilaluinya.

    Tidak ada seorangpun individu yang dididik, yang gagal. Semuanya berjaya.

    Di Malaysialah kita mulakan pendidikan tanpa kegagalan.

    Semua individu yang dididik berjaya.

    Dipastikan berjaya. InsyaAllah.

    Ertinya, sesiapa yang belum mampu untuk maju ke peringkat pendidikan seterusnya, menyambung di peringkat sedia ada.

    Sambungan pendidikan adalah berterusan, sehingga semua individu yang dididik berjaya.

    Berjaya secara total. Berjaya di kehidupan di dunia kini, dan berjaya di kehidupan di dunia kelak. Berjaya secara total mengikut kemampuan dan kemajuan masing-masing.

    TIDAK ADA PERALIHAN AUTOMATIK

    Tidak ada seorangpun individu yang dididik dibiarkan untuk melalui peralihan ke peringkat seterusnya tanpa sebarang penilaian dan pengukuran pencapaiannya bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Negara.

    Daya saing individu yang dididik, dengan dirinya sendiri, menggerakkan individu tersebut supaya maju ke peringkat seterusnya.

    TIDAK ADA YANG TIDAK LAYAK

    Tidak ada seorangpun individu yang dididik, tidak layak dalam sistem pendidikan yang sebenarnya. Pendidik dan semua pihak memastikan semua individu yang dididik melayakkan diri masing-masing. Layak untuk maju dari peingkat ke peringkat. Layak dalam kehidupan dan layak dalam pekerjaan, dan layak untuk mencapai segala hajat mereka dalam kehidupan kini dan kelak.

    TEMPAT INDIVIDU DIDIDIK

    Di seluruh institusi pendidikan, disediakan bilik didikan, makmal didikan, dan dewan didikan.

    Semua pencapaian individu yang dididik dalam pendidikan direkodkan dalam pengkalan data internet.

    Kejayaan total dan kemajuan seterusnya adalah natijah falsafah pendidikan yang sebenarnya, iaitu melalui peringkat pendidikan total.

    INILAH PERINGKAT

    PENDIDIKAN TOTAL

    Terdapat 8 peringkat pendidikan total, iaitu:

    Pusat Pendidikan Awal

    Pusat Pendidikan Asas

    Pusat Pendidikan Persiapan

    Institut Pendidikan

    Kolej Pendidikan

    Universiti Pendidikan

    Universiti Pendidik

    Universiti Jaya Malaysia

    Dikupas satu per satu.

    PERINGKAT 01.

    PUSAT PENDIDIKAN AWAL

    Individu yang dididik, yang mampu mengurus dirinya perihal yang mudah dalam kegiatan hariannya, meliputi mencuci diri selepas ke tandas, mandi, gosok gigi, berpakaian, memakai kasut, makan, dan minum sendiri, adalah layak untuk memasuki Pusat Pendidikan Awal di seluruh negara.

    Usia bukan syaratnya.

    Ini adalah kerana individu di usia yang sama hitungannya, namun tidak sama kemampuan urus diri mereka.

    Dalam konteks ini, apa yang dipentingkan ialah kemampuan urus diri, bukan usia.

    Pusat Pendidikan Awal mendidik individu dengan awalan ilmu meliputi:

    v Pencipta, dan ciptaan,

    v Nama,

    v Huruf,

    v Abjad,

    v Nombor,

    v Warna dan corak,

    v Nota,

    v Gerak,

    v Vokal,

    v Ukuran,

    v Soalan,

    v Teknologi, dan

    v Sopan-santun.

    Ertinya, di peringkat pendidikan awal ini, individu dibekalkan awalan untuk mereka maju di peringkat pendidikan berikutnya, iaitu peringkat pendidikan asas.

    Individu melalui peringkat pendidikan awal ini sehingga mereka bersedia untuk peralihan berikut iaitu peringkat pendidikan asas.

    Seandainya belum bersedia, proses pendidikan di peringkat pendidikan awal ini berterusan, sehingga mereka bersedia.

    Di ketika ini, apa yang baik dimajukan lagi. Apa yang kurang diperlengkapkan. Jaminan pelaksanaan pendidikan sehingga kejayaan total individu yang dididik, dicapai.

    Penilaian dan pengukuran pencapaian mereka dilakukan dengan kerap, lengkap, berturutan, dan terperinci. Dilakukan secara harian, mingguan, bulanan, dan tahunan.

    Semua ini direkodkan dalam pangkalan data internet.

    Di puncak lengkap dan sempurnanya pengisian pendidikan di peringkat pendidikan awal ini, maka dilakukan penilaian dan pengukuran pencapaian menyeluruh individu, dilakukan demi kesesuaian peralihan mereka ke peringkat pendidikan seterusnya di Pusat Pendidikan Asas sama ada umum atau khas, di seluruh negara.

    PERINGKAT 02. PUSAT PENDIDIKAN ASAS

    Pusat Pendidikan Asas mendidik individu dengan asas pendidikan, iaitu Pencipta dan ciptaan-Nya, ayat, ilmu, maklumat benar yang total, dan kebenaran. Ditambah dengan ilmu keinsanan (diri), dan kemahiran kehidupan (organisasi, kemanusiaan, kebudayaan, dan ketamadunan).

    Di Pusat Pendidikan Asas, dilanjutkan dan dikembangkan pengisian pendidikan semasa di Pusat Pendidikan Awal:

    Pusat Pendidikan Awal mendidik individu dengan awalan ilmu meliputi pengetahuan, Pencipta, dan ciptaan, nama, huruf, abjad, nombor, warna dan corak, nota, gerak, vokal, ukuran, soalan, teknologi, dan sopan-santun.

    Pusat Pendidikan Asas ialah mendidik individu dengan asas:

    v Pencipta dan ciptaan-Nya,

    v Ayat,

    v Ilmu,

    v Maklumat benar yang total,

    v Kebenaran,

    v Penguasaan bahasa,

    v Matematik,

    v Seni,

    v Muzik,

    v Kinesthetik,

    v Nyanyian/ucapan,

    v Perspektif,

    v Penerokaan,

    v Rekaan, dan

    v Budaya.

    Kesemua ini dicapai menerusi dirinya berada di luar kotak, dan amalan berfikir.

    Seterusnya, membaca, menulis, berekspresi, berkarya, berkomunikasi, berinteraksi, berintegrasi, dan menjalin hubungan sesama insan yang berlainan bangsa satu keturunan.

    Penguasaan bahasa adalah sepanjang hayat, meliputi bahasa ibunda, bahasa dialek, bahasa dunia; termasuk bahasa Melayu, bahasa Mandarin, bahasa Tamil, bahasa Inggeris, bahasa Thai, bahasa Tagalog, bahasa Arab, bahasa Jepun, bahasa Korea, bahasa Hindi, bahasa Urdu, bahasa Jerman, bahasa Peranchis, bahasa Sepanyol, lain-lain bahasa suku bangsa, seterusnya bahasa bahasa isyarat, bahasa kod, bahasa purba, bahasa moden seperti SMS, bahasa haiwan, dan lain-lain bahasa lagi.

    Individu melalui peringkat pendidikan asas ini sehingga mereka bersedia untuk melanjutkan peringkat pendidikan persiapan.

    Seandainya belum bersedia, proses pendidikan di peringkat asas ini berterusan, sehingga mereka bersedia.

    Di ketika ini, apa yang baik dimajukan lagi. Apa yang kurang diperlengkapkan. Jaminan pelaksanaan sehingga kejayaan total dicapai.

    Penilaian dan pengukuran pencapaian mereka dilakukan dengan kerap, lengkap, berturutan, dan terperinci. Dilakukan secara harian, mingguan, bulanan, dan tahunan.

    Semua ini direkodkan dalam pangkalan data internet.

    Di puncak lengkap dan sempurnanya pengisian pendidikan di peringkat pendidikan asas ini, maka dilakukan penilaian dan pengukuran pencapaian menyeluruh individu, demi kesesuaian peralihan mereka ke peringkat Pusat Pendidikan Persiapan sama ada umum atau khas, di seluruh negara.

    PERINGKAT 03.

    PUSAT PENDIDIKAN PERSIAPAN

    Pusat Pendidikan Persiapan mendidik individu dengan lanjutan kepada asas pendidikan. Di peringkat ini teori diterjemahkan kepada amali ataupun praktikal.

    Keutamaan ialah Pencipta dan ciptaan-Nya, ayat, ilmu, maklumat benar, dan kebenaran. Tumpuan kepada keinsanan, kemahiran lanjutan kehidupan dengan keutamaan modal insan dan tenaga sumber manusia demi kemajuan negara dan dunia.

    Pusat Pendidikan Persiapan melaksanakan persiapan kerjaya meliputi pelbagai kemahiran termasuklah berfikir, menghasilkan rekaan, berkarya, hasil kerjatangan, berkomunikasi, mesyuarat, berucap, perundingan, interaksi, jalinan, rangkaian, hubungan antara perseorangan, kerjasama berpasukan, hal-ehwal pejabat, syarikat, keorganisasian, kepemimpinan, pengurusan, penyeliaan, pemasaran, kejurujualan, perundingan, sistem, struktur, gaya, operasi, pelaburan, kewangan, perakaunan, informasi, penyelesaian masalah, penyelesaian konflik, pengawalan emosi, dan kemahiran seumpamanya yang sesuai dengan pelbagai kerjaya.

    Pengembangan matematik, seni, muzik, kinesthetik, nyanyian/ucapan, perspektif, penerokaan, rekaan, dan budaya, mula diterjemahkan melalui pelbagai kegiatan yang praktikal.

    Penguasaan bahasa adalah sepanjang hayat, lalu didalami dan diperluaskan lagi, meliputi bahasa ibunda, bahasa dialek, bahasa dunia; termasuk bahasa Melayu, bahasa Mandarin, bahasa Tamil, bahasa Inggeris, bahasa Thai, bahasa Tagalog, bahasa Arab, bahasa Jepun, bahasa Korea, bahasa Hindi, bahasa Urdu, bahasa Jerman, bahasa Peranchis, bahasa Sepanyol, lain-lain bahasa suku bangsa, seterusnya bahasa bahasa isyarat, bahasa kod, bahasa purba, bahasa moden seperti SMS, bahasa haiwan, dan lain-lain bahasa lagi.

    Individu melalui peringkat pendidikan asas ini sehingga mereka bersedia untuk melanjutkan peringkat Institut Pendidikan.

    Seandainya belum bersedia, proses pendidikan di peringkat asas ini berterusan, sehingga mereka bersedia.

    Di ketika ini, apa yang baik dimajukan lagi. Apa yang kurang diperlengkapkan. Jaminan pelaksanaan sehingga kejayaan total dicapai.

    Penilaian dan pengukuran pencapaian mereka dilakukan dengan kerap, lengkap, berturutan, dan terperinci. Dilakukan secara harian, mingguan, bulanan, dan tahunan.

    Semua ini direkodkan dalam pangkalan data internet.

    Di puncak lengkapnya dan sempurnanya pengisian pendidikan, maka dilakukan penilaian dan pengukuran pencapaian menyeluruh individu, demi kesesuaian peralihan mereka ke tahap berikutnya iaitu di peringkat ini individu mempunyai pilihan sama ada mengamal dan menimba pengalaman kehidupan dengan menceburi sektor pekerjaan awam dan swasta, perniagaan, (business), keusahawanan (industry), keusahaniagawan (entrepreneur).

    Atau berkarya, menyertai pasukan, pertubuhan, badan sukarela, persatuan, kelab, dan pelbagai kegiatan berguna.

    Atau memilih untuk melanjutkan pendidikan ke peringkat berikutnya di Institut Pendidikan seluruh negara.

    PERINGKAT 04.

    INSTITUT PENDIDIKAN

    Institut Pendidikan mendidik individu perincian, mendalam, dan meluas pengisian pendidikan, Pencipta dan ciptaan-Nya, ayat, ilmu, maklumat benar yang total, kebenaran, serta kekeluargaan, kejayaan diri, kecemerlangan organisasi dan kemajuan kehidupan di dunia kini dan di dunia kelak.

    Di Institut Pendidikan, kemahiran meliputi integrasi pengetahuan segala macam jurusan, dan kepelbagaian disiplin bertaraf sijil dan diploma.

    Individu berada di peringkat institut pendidikan ini sehingga mereka bersedia untuk melanjutkan peringkat pendidikan seterusnya.

    Seandainya belum bersedia, proses pendidikan di peringkat institut pendidikan ini berterusan, sehingga mereka bersedia.

    Di ketika ini, apa yang baik dimajukan lagi. Apa yang kurang diperlengkapkan. Jaminan pelaksanaan sehingga kejayaan total dicapai.

    Penilaian dan pengukuran pencapaian mereka dilakukan dengan kerap, lengkap, berturutan, dan terperinci. Dilakukan secara harian, mingguan, bulanan, dan tahunan.

    Semua ini direkodkan dalam pangkalan data internet.

    Di puncak lengkap dan sempurnanya pendidikan di peringkat institut pendidikan ini, maka dilakukan penilaian dan pengukuran pencapaian menyeluruh individu, demi kesesuaian peralihan mereka ke tahap berikutnya iaitu Kolej Pendidikan, atau Universiti Pendidik.

    Di peringkat Institut Pendidikan ini individu digalakkan memilih pasangan, berkahwin, mendirikan rumahtangga, dan berkeluarga.

    Di samping itu, individu meningkat dalam kerjaya mereka di sektor pekerjaan awam dan swasta:

    perniagaan (business),

    keusahawanan (industry),

    keusahaniagawan (entrepreneur), dan

    berkarya.

    Atau menyertai parti politik, pasukan, pertubuhan, badan sukarela, persatuan, kelab, dan pelbagai kegiatan berguna, di peringkat lokal, dan global.

    Atau memilih untuk melanjutkan pendidikan ke peringkat berikutnya di Universiti Pendidik atau Kolej Pendidikan seluruh negara.

    PERINGKAT 05.

    KOLEJ PENDIDIKAN

    Kolej Pendidikan mendidik individu dengan penguasaan ilmu asas, ilmu am, dan ilmu khusus.

    Keutamaan ialah penguasaan perihal Pencipta dan ciptaan-nya, ayat, ilmu, maklumat total yang benar, dan kebenaran.

    Di Kolej Pendidikan, kepakaran meliputi integrasi pengetahuan segala macam jurusan, dan kepelbagaian disiplin bertaraf sarjana.

    Individu melalui peringkat pendidikan di Kolej Pendidikan ini tanpa had umur.

    Penilaian dan pengukuran pencapaian mereka dilakukan dengan kerap, lengkap, berturutan, dan terperinci. Dilakukan secara harian, mingguan, bulanan, dan tahunan.

    Semua ini direkodkan dalam pangkalan data internet.

    Di peringkat ini individu sudah bertaraf pemimpin, pengurus, ahli korporat, dan pakar bidang.

    Kemudian individu boleh memilih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat berikutnya di Universiti Pendidikan, seluruh negara.

    PERINGKAT 06.

    UNIVERSITI PENDIDIKAN

    Universiti Pendidikan menyediakan individu dengan ilmu Pencipta dan ciptaan-Nya, ayat, maklumat total yang benar, kebenaran, dan tambahan, kebijaksanaan, atau hikmah. Seterusnya amalan hemah.

    Keutamaan ialah menguasai ayat, mendalami ilmu sebesar alam, bertaraf doktor falsafah.

    Di peringkat ini, individu dididik dengan falsafah yang membolehkannya melihat gambaran besar, luas, mendalam dan total.

    Individu melalui peringkat pendidikan ini dengan tempoh pendidikan sehingga sempurna.

    Penilaian dan pengukuran pencapaian mereka dilakukan dengan kerap, lengkap, berturutan, dan terperinci. Dilakukan secara harian, mingguan, bulanan, dan tahunan.

    Semua ini direkodkan dalam pangkalan data internet.

    Di peringkat ini individu bertaraf tokoh, insan yang bijaksana, pemikir agung, dan pakar rujuk yang mengharumkan namanya dengan mencipta sejarah di persada dunia.

    Mereka mengalami kejayaan total sekarang di puncak kehidupan total di sini dan di sana.

    Mereka di Universiti Pendidikan bergabung dengan kepakaran di Universiti Pendidik untuk memperkenalkan pembaharuan untuk menjayakan insan, mencemerlangkan organisasi, memajukan negara dan memakmurkan dunia.

    PERINGKAT 07.

    UNIVERSITI PENDIDIK

    Selepas melalui peringkat pendidikan di Institut Pendidikan, individu terpilih dinilai dirinya untuk mengikuti Universiti Pendidik di seluruh negara.

    Keutamaan Universiti Pendidik ialah mendidik individu sebagai pendidik.

    Universiti Pendidik mempunyai pendidik pakar yang mendidik individu untuk menjadi pendidik pakar.

    Semua pendidik di seluruh Malaysia, mengikuti pendidikan di Universiti Pendidik, sebelum memilih kerjaya di mana-mana pusat pendidikan.

    Pengisian pendidikan meliputi Pencipta dan ciptaan-Nya, ayat, ilmu, maklumat benar yang total, kebenaran, takrif, Falsafah Pendidikan Negara, dan keseluruhan pendidikan, meliputi: mengutamakan Allah; memahami ciptaan-Nya sebagai ayat; menguasai dan memanfaatkan ilmu, mengorganisasi dan menyampaikan maklumat; meletakkan kebenaran di puncak pendidikan; berhati-hati supaya kepalsuan tidak berlangsung di institusi pendidikan; mendukung Falsafah Pendidikan Negara; mempunyai gambaran total pendidikan, memilih karektor, personaliti, watak pendidik yang bersesuaian dengan individu yang dididik; mengikuti pelbagai kursus; dilatih untuk mahir dengan psaikologi bilik didikan; melalui tubi amali pendidikan beserta pemerhatian pakar; bertindak melaksanakan program dan akitiviti pendidikan dengan jangkaan jelas hasil yang akan dicapai bila individu yang dididik diukur dengan pelbagai pekakasan pendidikan; dan banyak lagi.

    Pendidik pakar mampu mendidik di semua institusi pendidikan meliputi Pusat Pendidikan Awal, Pusat Pendidikan Asas, Pusat Pendidikan Persiapan, Institut Pendidikan, Kolej Pendidikan, Universiti Pendidikan dan Universiti Pendidik.

    Terpulanglah kepada pilihan individu, pusat pendidikan yang menarik pada dirinya sebagai kerjaya.

    Pendapatan adalah berdasarkan prestasi, performans, kesanggupan, kesungguhan, azam, dan iltizam.

    Bukan kelulusan akademik, sijil, pengalaman, dan seumpamanya.

    Individu melalui peringkat pendidikan ini dengan tempoh pendidikan sehingga sempurna.

    Penilaian dan pengukuran pencapaian mereka dilakukan dengan kerap, lengkap, berturutan, dan terperinci. Dilakukan secara harian, mingguan, bulanan, dan tahunan.

    Semua ini direkodkan dalam pangkalan data internet.

    Universiti Pendidik dan Universiti Pendidikan menjalin kerjasama yang rapat dalam penimbaan ilmu yang sedia ada dan yang baru ditemui, dan merumuskan pembaharuan yang sesuai dengan kehidupan semasa dan diadun dengan teknologi terbaik dan pembaikan berterusan sebagai pendekatan pendidikan.

    Kepakaran di Universiti Pendidik digabung dengan ketokohan Universiti Pendidikan, membolehkan Malaysia menjadi Pusat Pendidikan Dunia, di Universiti Jaya Malaysia.

    PERINGKAT KHAS:

    UNIVERSITI JAYA MALAYSIA

    Di Malaysia dibangunkan sebuah universiti, iaitu Universiti Jaya Malaysia yang unik.

    (Perincian menyusul…)

    Zubli Zainordin

    Pengasas
    Sains Dan Seni Jaya Diri Malaysia
    0129139684
    zubli.s.ebook@gmail.com
    http://www.atotalblog.wordpress.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: