Kafe francais wujud budaya ‘lepak sihat’

Kafe francais wujud budaya ‘lepak sihat’

MELAKA 1 Julai – Keputusan membenarkan kafe francais untuk membuka perniagaan dalam kawasan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) semata-mata untuk mewujudkan budaya lepak sihat dalam kampus.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron berkata, ini kerana semakin ramai pelajar yang memilih untuk melepak di kafe francais di luar kampus sehingga boleh mengundang pelbagai perkara yang tidak diingini.

Beliau berkata, dengan adanya kafe sedemikian di dalam kampus, pelajar boleh melepak di dalam suasana kampus yang lebih terkawal dan terjamin keselamatan mereka.

“Saya perhatikan, ketika demam bola sepak Euro 2008 baru-baru ini, ramai pelajar yang melepak di kafe francais sehingga awal pagi. Ini boleh mengundang masalah keselamatan.

“Jadi saya terfikir kenapa tidak dibawa kafe ini ke dalam kampus dan membolehkan mahasiswa menikmati suasana serupa di dalam kawasan universiti mereka yang terkawal,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Haluan Siswa Sesi 2008/2009 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di Durian Tunggal dekat sini hari ini.

Turut hadir, Naib Canselor UTeM, Prof. Dr. Ahmad Yusoff Hassan.

Baru-baru ini, Kementerian Pengajian Tinggi memberi kebenaran kepada kafe francais seperti Starbucks, kopitiam dan Dunkin Donuts untuk membuka premis mereka di pusat tumpuan pelajar di institusi pengajian tinggi awam.

Bagaimanapun sebelum beroperasi, pengusaha kafe francais itu perlu mendapatkan kebenaran naib canselor universiti berkenaan dan diwajibkan menyediakan perkhidmatan jalur lebar WiFi untuk kemudahan pelajar.

Idris menjelaskan, pihak kementerian sememangnya menggalakkan kafe francais tempatan untuk membuka premis mereka dalam kampus tetapi perlu memastikan harga yang ditawarkan adalah mampu bagi seorang pelajar.

”Jadi pihak IPTA, kalau hendak laksanakan kena pastikan harga yang ditawarkan oleh kafe francais ini munasabah mungkin dengan mengenakan sewa yang rendah,” katanya.

Sementara itu, Dr. Ahmad Yusoff ketika ditanya kemungkinan membenarkan kafe francais sedemikian dibuka di kampus UTeM, berkata, pihaknya perlu melihat dahulu dari segi keperluannya.

One Response

  1. Asm Dato,

    Saya ingin cadangkan baik pihak kementerian baiki cara pengedalian kantin/kedai makan di IPT. Saya rasa dato pernah pergi ke universiti luar negara, tgk bagaimana cara mereka megendalikan kantin dan restoran.

    Pekerja bersih, pakai pakaian yg sesuai tutp kepala lagi, tempat pun bersih, ada interior design yg cantik juga..ada tatacara yg baik dll..jauh standard dari IPT kita..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: