Iran Minta Kemasukan Pelajarnya Ke IPT Malaysia Dipermudah

08 Julai, 2008 19:58 PM

Iran Minta Kemasukan Pelajarnya Ke IPT Malaysia Dipermudah

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) — Iran hari ini meminta kerajaan Malaysia memudahkan kemasukan pelajarnya yang ingin melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Idris Haron berkata antara permintaan itu ialah dengan membolehkan pelajar Iran yang ingin melanjutkan pengajian di IPT tempatan memindah jam kredit bagi subjek tertentu.

Beliau berkata perkara itu ditimbulkan oleh rakan sejawatannya dari Iran Dr Mollabashi di pejabat kementeriannya di bangunan Parlimen di sini.

Bercakap kepada pemberita selepas pertemuan itu, Idris berkata Mollabashi juga berharap tempoh pangajian bagi pelajar Iran yang mengikuti program Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah (Phd) dapat dipendekkan selaras dengan tempoh pengajian di negara itu.

“Semua perkara yang dibincangkan akan dirujuk kepada naib canselor IPT yang berkaitan,” katanya.

Mengenai pemindahan jam kredit bagi subjek tertentu, Idris mengakui ini menjadi masalah bagi pelajar luar negera yang ingin melanjutkan pelajaran di negara ini.

“Kita akan kaji dan menyemak semula bagi menyelaraskan pemindahan jam kredit bagi mata pelajaran tertentu. Kalau tidak diselesaikan ia pasti akan menjejaskan kualiti pembelajaran individu terbabit,” katanya. Idris berkata kini terdapat hampir 3,000 pelajar dari Iran yang menuntut dalam pelbagai bidang di IPT negara ini.

— BERNAMA

5 Responses

  1. Assalamualaikum Dato iR….

    Sya student IPTA….just berharap jgn la sampai student kita plak dianaktirikan demi untuk menjaga kepentingan student2 luar ni…ada juga kes2 dimana student yang meyambung IJAZAH(selepas mempunyai diploma) tidak diberi pemindahan kredit dan seperti kata Dato ia akan ‘menjejaskan kualiti pembelajaran individu terbabit”..

    Saya ambil satu contoh….seperti Politeknik…IKM dan seangkatan dengannya….bernaung di bwah KPTM…tapi bila pelajar2 ni nak sambung pengajian di iPTA….amatla susah utk memindahkan kredit….tetapi ia tidak berlaku di IPTS…IPTS juga tidak kurang kualitinya bukan kerana pelajar membayar lebih tetapi tahap birokrasinya yang rasional tidak seperti IPTA.

    Kekadang saya melihat isu LLL ( Long Life Learning) susah utk dicapai oleh golongan tertentu seperti pelajar separa professional ini spt Politeknik,IKM,ILP dan institusi lain yang sama sepertinya…

    Sya juga melihat bahawa rombakan silibus perlu diadakan di institusi kemahiran ini agar pelajar yang ingin meneruskan ke peringkat lebih tinggi tidak “TERTINDAS OLEH SISTEM” yang tidak membenarkan mereka memindahkan kredit.

    Akhir Sekali saya melihat seperti kecelaruan pentadbiran di Universiti kerana polisi setiap fakulti berbeza-beza seperti tiada satu pon garis panduan yang digunakan.
    kalau nak berbeza polisi…buatla universiti lain ikut akal fikiran memasing..ini sebenarnya menyusahkan pelajar..birokrasi..prinsip dan polisi yg berubah ubah mengikut pertukaran dekan..ikut suke hati diaorang je..sape yang susah???

    Dato…oleh kerana saya juga dtg dari keluarga yang susah…saya amat merasakan keperitan apabila sistem2 seperti tidak diberikan pengecualaian kredit dan menyambung ijazah dgn 4 tahun semula+3 tahun diploma…
    sangat mengecewakan..kos dan masa terbuang dan merugikan…menuntut ilmu itu tidak rugi..tetapi masa dan wang yang sepatutnya dapat dijimatkan tidak diperlakukan dgn sebetulnya….padahal fakulti ‘sebelah’ membenarkan pemindahan kredit….

    p/s:Kebanyakkan IPTA mengamalkan prinsip sebegini terhadap pelajar separa professional seperti politeknik,ikm,dan juga lain2..
    Ada juga diploma IPTA lain dan ingin menyambung Degree di IPTA lain tapi diletakkan di tahun 1 semula tanpa pemindahan kredit…apa semua ini???Ini mungkin suara kecil yg mana tidak diketahui oleh ramai pihak…harap Dato dapat memberi respon…

    BR7~~anak jati Bukit Rambai~Histeria City

  2. Assalamualaikum wr wbt

    Kenapa UMNO menggadaikan hak orang Melayu dengan mengurangkan kuota biasiswa JPA untuk orang Melayu?

    Tak sedarkah semua orang Melayu sangat marah tentang perkara ini?

    Mana perginya pemuda UMNO? Lemah dan bersubahat!

  3. Asm dato,

    Saya berharapa cadangan ini diteliti dengan betul2. Jgn la sampai kita hanya memandang kepada keuntungan dari hasil datangnya pelajar asing ini. Dan juga jangan kita sanggup merendahkan syarat kemasukan semata2 untuk mereka.

    Bukan sahaja segi itu, fikirlan kesan kemasukan ini kepada pelajar dari malaysia? Adakah kemasukan mereka akan menyebabkan ruang yg sepatutnya diberikan kepada pelajar kita akan dinafikan?

  4. Dear dato’

    Mengenai artikel ini, ini pandangan saya;

    1.Pemindahan kredit tidak banyak mengurangkan masa pelajar siswazah bergraduat – Kerana yang melambatkan mereka bergraduat adalah kerana menjalankan kajian, penulisan tesis dan proses pemeriksaan thesis.

    2.Saya cadangkan pelajar master (daripada iran ini) mendafter dalam program master tanpa thesis – Kerana ini menyenangkan mereka bergraduat dalam masa 3-semester (satu setengah tahun). Hanya pelajar yang mengambil PhD sahaja yang perlu menghasilkan thesis. Seorang professor daripada UK juga menggunakan model yang sama di negara mereka.

    TQ

  5. Dato’

    1. Dalam menjalankan program PhD, kajian boleh dijalankan di iran dengan memasukkan ahli akademik di iran sebagai salah seorang daripada jawatankuasa. Penyelia daripada universiti di Malaysia boleh melawat kajian yang dilakukan di sana. Lagi baik kalau kerajaan iran dapat membayar sebahagian daripada kos yang terlibat untuk penyelia kita ke sana.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: