IDRIS HARON DIASAK OLEH SEMANGAT MAHASISWA


BANGI : FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI – Forum Kemerdekaan bertajuk Pindaan AUKU : Mahasiswa Ke Era Baru telah berjaya menimbulkan budaya keintelektualan dalam kalangan mahasiswa yang sebelum ini dikuburkan dengan rapat oleh PMUKM-Aspirasi kita. Wartawan GM telah hadir ke sana dan menyaksikan berlakunya penghujahan yang bernas dan mantap daripada ahli Panel. Walaupun pelbagai hujah dapat dimatikan oleh hujah yang lain, tetapi bagi wartawan GM, kami melihat bahawa jelas pihak kerajaan yang diwakil oleh Dato’ Idris Haron telah diasak oleh ketiga-tiga panel dan juga mahasiswa yang bertanyakan soalan kepadanya.

Jelas bahawa banyak kelompangan dan kekurangan AUKU ini walaupun dipinda beberapa kali dan ini disebutkan oleh Abdullah Abdul Karim, mantan Presiden PMUKM yang juga bekas pimpinan GMUKM, yang menyatakan bahawa pindaan AUKU baru ini akan memansuhkan terus kebebasan bercakap daripada mahasiswa. Dengan analogi menyatakan bahawa sekiranya mahasiswa yang mengkaji serangga, akan hanya bercakap tentang serangga, jelas bahawa pindaan AUKU ini tidak memberi kebaikan kepada mahasiswa. Beliau turut menyatakan bahawa mahasiswa UiTM yang berdemontrasi pada 18 Ogos lalu, tidak wajar dikenakan tatatertib kerana itu hak mahasiswa untuk berhimpun.

Yang Berhormat Saudara Saifuddin Nasution Ismail turut membidas kerajaan kerana menyekat ruang kebebasan mahasiswa untuk bepersatuan dan menyatakan bahawa Perlembagaan lebih superior atau utama berbanding AUKU. Dengan mengambil contoh bahawa sekiranya mahasiswa disekat kebebasannya, maka sudah tentu Negara akan kehilangan pemimpin generasi akan dating yang berwibawa dan berkebolehan. Beliau turut sinis menyatakan bahawa mahasiswa tidak berpolitik apabila membuang undi pada pilihanraya lalu dan mahasiswa yang mengundi, wajar dikenakan AUKU, ujarnya dengan sinis terhadap pandangan Idris Haron yang menyatakan mahasiswa tidak perlu berpolitik.

Wartawan GM turut melihat tindakan tidak bertamadun pegawai keselamatan ‘Pak Guard’ yang menghalang mahasiswa untuk hadir ke forum tersebut. Dengan alas an agar mahasiswa perlu memakai kad matrik untuk masuk ke Dewan Anuar Mahmud (DAM), pak guard ini menghalang ramai mahasiswa hadir ke forum sedangkan beliau pun ada yang tak pakai kad matrik. Perkara ini menimbulkan ketidakpuasan hati pelbagai pihak dan ini disuarakan oleh Saudara Farid Hamlud, yang menyindir pihak Universiti dengan menyatakan dalam peruntukkan AUKU mana, peraturan pemakaian kad matrik ini dikuatkuasakan.

Jelas bahawa GM amat berharap agar mahasiswa sedar akan hak mereka. Sebagai mahasiswa yang mempunyai suara emas, nyahkanlah golongan tua yang seringkali mencabuli hak mahasiswa. Forum itu berjaya mendapat sambutan hangat dan tamat pada jam 11.00 malam. Wartawan GM lihat sendiri tergambar wajah kepuasan pada mahasiswa yang datang pada forum itu dan memberikan sinar kekuatan kepada GM untuk mengangkat suara mahasiswa ke peringkat sepatutnya.

IPT tempatan disaran guna kaedah ‘Six Sigma’

IPT tempatan disaran guna kaedah ‘Six Sigma’

Oleh Nurhasyima Hasim
nurhasyima@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Semua institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini disaran menjadikan kaedah ‘Six Sigma’ iaitu teknik yang berupaya meningkatkan pencapaian dan kualiti operasi sesebuah organisasi, sebagai teras utama memperkukuh sistem pentadbiran serta penyampaian, seterusnya melahirkan kakitangan produktif dan graduan yang kompetitif.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron, berkata sesuai dengan perkembangan institusi pendidikan global masa kini yang mementingkan ‘ranking’ dan penghasilan lepasan graduan yang berkebolehan, IPT tempatan perlu merebut peluang mendalami konsep berkenaan untuk mencapai sasaran terbabit.

Katanya, kaedah itu yang sudah banyak diterapkan syarikat dan organisasi antarabangsa serta tempatan boleh diaplikasi dalam pelbagai bidang tugas di IPT termasuk proses memilih kakitangan, kemasukan pelajar, permohonan geran dan bantuan kewangan serta kutipan yuran pelajar akan memberikan hasil akhir yang produktif dan berkualiti di samping menjimatkan kos.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan IPT mewajib dan menyediakan latihan konsep itu kepada semua kakitangannya, selain memperkenalkan subjek khusus berhubung Six Sigma pada tahun akhir pengajian bagi pelajar program berkaitan pengurusan di IPT terbabit.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Pendidikan Mengenai Six Sigma, di sini, semalam. Hadir sama Pengarah Urusan Kumpulan Genaxis Sdn Bhd, Nuraslina Zainal Abidin.

Idris berkata, pelajar yang didedahkan dengan konsep itu bakal memperoleh manfaat melalui penerapan ciri kepemimpinan, pengurusan, kemahiran bekerja dalam kumpulan dengan pada masa sama tidak berkompromi dalam soal kualiti kerja.

Pelajar UiTM boleh kena tindakan

Pelajar UiTM boleh kena tindakan

Oleh Khairul Azran Hussin
khaiazr@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang menyertai demonstrasi membantah cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, supaya 10 peratus kuota universiti itu dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera berdepan tindakan disiplin.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron, berkata perkara itu sudah dirujuk kepada lembaga tatatertib universiti berkenaan berhubung bentuk hukuman yang boleh dikenakan terhadap pelajar yang bertanggungjawab menganjurkannya.

“Kita (kementerian) ada menerima laporan berhubung demonstrasi itu dan ia sudah diserahkan kepada pihak berkuasa universiti. Kalau terbukti pelajar terbabit bersalah, terserah kepada lembaga tatatertib universiti menentukan apa tindakan yang boleh diambil terhadap mereka.

“Walaupun demonstrasi itu berbentuk pembelaan terhadap dasar negara, ia tetap dianggap salah. Malah, kerajaan tidak berhasrat membenarkan pelajar untuk berdemonstrasi dalam pindaan Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (AUKU),” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan yang boleh diambil terhadap pelajar UiTM yang mengadakan demonstrasi bagi membantah cadangan Menteri Besar Selangor itu.

Baru-baru ini, lebih 5,000 pelajar UiTM berhimpun di depan pejabat Menteri Besar Selangor di Shah Alam untuk membantah cadangan membuka universiti itu kepada bukan Bumiputera.

Tindakan itu disusuli oleh sokongan pelajar UiTM di beberapa tempat di seluruh negara yang turut mengadakan protes berhubung isu sama.

Idris berkata, tindakan pelajar mengadakan demonstrasi bagi menyuarakan ketidakpuasan hati berhubung sesuatu isu hanya akan mengganggu ketenteraman awam.

“Saya ingin mengingatkan pelajar di universiti tempatan lain supaya tidak mengulangi tindakan sama seperti dilakukan pelajar UiTM pada masa depan ketika berdepan dengan sesuatu isu.

“Banyak cara dan saluran yang boleh digunakan pelajar universiti untuk menyatakan ketidakpuasan hati berhubung sesuatu isu,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya desakan Gabungan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA) supaya kerajaan mansuhkan AUKU, beliau berkata, ia mustahil untuk dipenuhi.

“Kerajaan hanya akan melakukan pindaan kepada 30 perkara membabitkan AUKU. Antaranya membabitkan kuasa menteri, tatatertib dan pembabitan pelajar dalam pertubuhan politik dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Pindaan AUKU akan dibacakan kali kedua dan dibahaskan di Dewan Rakyat minggu depan sebelum diluluskan,” katanya.

University students protest amendment to University Act

University students protest amendment to University Act

By SIM LEOI LEOI
The Star

KUALA LUMPUR: Around 100 university students gathered at the road leading to the Parliament building here to protest against the proposed amendment to the University and University Colleges Act.

Five of the students later came to the Parliament lobby and gave their memorandum to Deputy Higher Education Minister Datuk Idris Haron, who promised to look into their complaints.

“I will also invite students to sit in for the Parliament sittings when the Bill is being debated so that they can see the entire process.

“I appreciate the efforts they have taken to look through the Bill,” he said after receiving the memorandum.

The Bill, which was tabled for first reading in July, will be debated this meeting.

Gerakan Mansuhkan AUKU coordinator Zulfattah Ibrahim said the coalition was against the Act and this should be repealed in the interests of the undergraduates.

“Any attempt by the ministry to amend this Act is in vain and will not bring any benefit to us.

“After looking through the Bill, we reject the proposals because these are only cosmetic in nature,” he said.