Pelajar UiTM boleh kena tindakan

Pelajar UiTM boleh kena tindakan

Oleh Khairul Azran Hussin
khaiazr@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang menyertai demonstrasi membantah cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, supaya 10 peratus kuota universiti itu dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera berdepan tindakan disiplin.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron, berkata perkara itu sudah dirujuk kepada lembaga tatatertib universiti berkenaan berhubung bentuk hukuman yang boleh dikenakan terhadap pelajar yang bertanggungjawab menganjurkannya.

“Kita (kementerian) ada menerima laporan berhubung demonstrasi itu dan ia sudah diserahkan kepada pihak berkuasa universiti. Kalau terbukti pelajar terbabit bersalah, terserah kepada lembaga tatatertib universiti menentukan apa tindakan yang boleh diambil terhadap mereka.

“Walaupun demonstrasi itu berbentuk pembelaan terhadap dasar negara, ia tetap dianggap salah. Malah, kerajaan tidak berhasrat membenarkan pelajar untuk berdemonstrasi dalam pindaan Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (AUKU),” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan yang boleh diambil terhadap pelajar UiTM yang mengadakan demonstrasi bagi membantah cadangan Menteri Besar Selangor itu.

Baru-baru ini, lebih 5,000 pelajar UiTM berhimpun di depan pejabat Menteri Besar Selangor di Shah Alam untuk membantah cadangan membuka universiti itu kepada bukan Bumiputera.

Tindakan itu disusuli oleh sokongan pelajar UiTM di beberapa tempat di seluruh negara yang turut mengadakan protes berhubung isu sama.

Idris berkata, tindakan pelajar mengadakan demonstrasi bagi menyuarakan ketidakpuasan hati berhubung sesuatu isu hanya akan mengganggu ketenteraman awam.

“Saya ingin mengingatkan pelajar di universiti tempatan lain supaya tidak mengulangi tindakan sama seperti dilakukan pelajar UiTM pada masa depan ketika berdepan dengan sesuatu isu.

“Banyak cara dan saluran yang boleh digunakan pelajar universiti untuk menyatakan ketidakpuasan hati berhubung sesuatu isu,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya desakan Gabungan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA) supaya kerajaan mansuhkan AUKU, beliau berkata, ia mustahil untuk dipenuhi.

“Kerajaan hanya akan melakukan pindaan kepada 30 perkara membabitkan AUKU. Antaranya membabitkan kuasa menteri, tatatertib dan pembabitan pelajar dalam pertubuhan politik dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Pindaan AUKU akan dibacakan kali kedua dan dibahaskan di Dewan Rakyat minggu depan sebelum diluluskan,” katanya.

2 Responses

  1. Hi Datuk,
    I’m absolutely saddened with the incident in such a multi racial country Malaysia…You as deputy minister and an US graduate give your personal comment z…Is it an offend if the university open it intakes to the NON-BUMI?…We spur the integration of all the races and at the same time it can give an impact for the competitiveness….We are all Malaysian and there is no country in this world having such a kind of education system…I really need your comment on this….Having a blog is to share the view between the owner and the commentator…

  2. Students of UiTM will face the music…what about their VC?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: