Sokong Hisham tanding Naib Presiden

Sokong Hisham tanding Naib Presiden

KUALA LUMPUR 12 Sept. – Exco dan Ketua Pemuda negeri terus menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti Disember ini.

Ketua Pemuda UMNO Perak, Zainol Padzi Paharudin berkata, kehadiran Hishammuddin dalam barisan pemimpin kanan UMNO akan memastikan kesinambungan suara dan generasi muda dalam UMNO.

”Tambahan pula beliau sudah membuktikan kepimpinan dan keupayaan sebagai pemimpin yang memenuhi aspirasi rakyat dan keperluan nasional sepanjang memimpin Pemuda UMNO,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada 21 April lalu, Hishammuddin mengumumkan sedia mempertimbangkan untuk bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan UMNO penghujung tahun ini jika mendapat pencalonan daripada bahagian-bahagian parti itu.

Semalam, Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin menyatakan sokongan supaya Hishammuddin bertanding jawatan Naib Presiden UMNO selepas memimpin Pemuda UMNO selama 10 tahun.

Ketua Pemuda UMNO Melaka, Ashakari Abu Nor berkata, Hishammuddin adalah calon yang layak untuk menjadi menyambung hubungan, perjuangan dan suara hati generasi baru dan generasi lama.

”Pemuda UMNO Melaka yakin beliau mampu bekerja kuat, memikul tugas melaksanakan amanah bertepatan dengan senario politik semasa.

”Beliau mempunyai kekentalan jati diri pemimpin nasional yang berupaya mempertahan dan memacu negara sesuai dengan kehendak bangsa dan agama,” katanya.

Sementara itu Exco Pemuda UMNO, Datuk Idris Haron berkata, UMNO perlu menyuntik dan mengalirkan darah orang muda ke dalam parti itu.

”UMNO perlukan orang muda dalam barisan utama kepimpinannya. Oleh itu, satu-satunya pemimpin muda yang sudah dicanai dan melalui sistem Pemuda UMNO ialah Hishammuddin,” katanya.

2 Responses

  1. belum sampai masa nya Hisham menjadi naib president UMNO
    ramai lagi calun calun yg lebih mantap dan senior dari beliau
    langkah beliau mohon maaf kerana keris masih lagi diingatan rakyat yg menunjukkan corak kepimpinan Hisham.

    bagi ketua pemuda UMNO calun yg sesuai dalam situasi semasa dimana pemuda memerlukan pemimpin yg bolih menterjemahkan idealisme pemuda memberikan ‘check and balance’ adalah Nazri Aziz dan Annuar Musa . satu masa dulu walaupun sudah 60puluhan tapi Sj Albar dapat menyuntik idealisme pemuda pada masa itu.

  2. Kalau orang dah sokong, takkan lari gunung yang dikejar🙂

    Selamat menyambut hari lebaran semuanya🙂
    Saya doakan semuanya berbahagia dan selamat pulang ke destinasi😉

    Amalan Rasuah Dan Pemuda UMNO Perlu Dibersihkan😉
    http://pro-faizal.blogspot.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: