MPP harus wakili suara pelajar

Harus wakili suara pelajar – Idris

KUALA LUMPUR 17 Okt. – Perwakilan Pelajar sesebuah institusi pengajian tinggi yang dipilih menerusi pilihan raya kampus hendaklah mewakili kepentingan pelajar universiti berkenaan dan tidak seharusnya memperjuangkan agenda sesebuah parti politik, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron.

Justeru itu, katanya, tidak timbul soal pelabelan perwakilan sebagai yang proaspirasi atau prosiswa.

“Perwakilan itu mesti mewakili kepentingan pelajar, bukan mana-mana parti poltik, perwakilan yang dipilih pelajar itu juga tidak seharusnya memperjuangkan agenda politik semata-mata sebaliknya memperjuangkan apa yang disuarakan oleh pelajar, ” katanya ketika diminta mengulas mengenai pilihan raya kampus yang akan bermula tidak lama lagi.

Idris berkata, pihak kerajaan akan menerima sesiapa sahaja wakil kepada pelajar yang mewakili suara pelajar dan bukan suara pelajar yang mewakili mana-mana parti politik di negara ini.

“Tiada proaspirasi dan pro siswa. Kementerian akan mendengar dan mengiktiraf suara semua perwakilan yang mewakili pelajar dan bukan perwakilan yang mewakili parti-parti politik termasuk UMNO,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Penuntut Universiti Antarabangsa 2008 di Universiti Malaya di sini hari ini.

Beliau juga mahukan pemimpin pelajar universiti supaya menyumbang tenaga dan idea kepada perkara peringkat global atau antarabangsa daripada hanya memikirkan perkara bersifat tempatan.

Katanya, pemimpin pelajar harus menggunakan paltform perwakilan itu sebagai medan untuk menyertai acara-acara antarabangsa.

“Pemimpin pelajar perlu menyokong kepada perkara-perkara keamanan sejagat yang lebih memberi manfaat besar berbanding daripada hanya asyik memikirkan perkara-perkara kecil,” katanya.

Justeru itu, beliau meminta para pelajar IPT lebih berfikir mengenai perkara sejagat daripada hanya berfikir tentang perkara kecil yang tidak memberi sebarang kebaikan kepada mereka.

Seramai 300 pelajar IPT termasuk dari Thailand, Kemboja, Singapura dan Laos menghadiri perhimpunan itu.

4 Responses

  1. Salam Dato’,

    Saya berpendapat bahawa, dalam situasi sekarang MPP setiap IPTA agak sukar untuk betul-betul bebekerjasama dengan pihak Dato’ atau KPT kerana rata-rata IPTA sekarang telah ‘dikuasai’ oleh pihak pro-mahasiswa yang secara terang pro kepada Pakatan Rakyat.

    Hal ini kita semestinya sedar dan gelombang mereka ada dimana-mana di seluruh IPTA. Jadi, agak sukar apabila ‘penyokong’ PR untuk bekerjasama dengan pemimpin UMNO seperti Dato’ mahupun Datuk Seri menteri.

    Mereka secara tidak langsung akan cuba juga menjatuhkan Dato’ atau akan cuba membangkang KPT sepertimana pihak parti pembangkang membangkang Dato’ dan KPT.

    Bagi pro-Aspirasi pula, saya melihat kebanyakan daripada pemimpin mereka tidak layak untuk bergelar pemimpin. Dengan penampilan dirinya sehinggalah pergaulannya, saya melihat mereka seolah-olah bukan pemimpin pelajar malah kadang-kadang lebih teruk daripada pelajar biasa-biasa.

    Mereka tidak ada jiwa seorang ‘wakil pelajar’. Mereka hanya inginkan nama, pangkat, populariti dan pujian semata-mata. Mereka tidak melakukan kerja secara bersungguh-sungguh.

    Apa yang saya boleh katakan disini ialah, pemimpin pelajar pro-M akan menyusahkan lagi pihak KPT dan Dato’ manakala pihak pemimpin pelajar pro-Aspirasi kebanyakannya tidak ada jiwa seorang pemimpin dan hanya ‘main-main’ dalam tugasnya sahaja.

    Maaf Dato’ sekiranya komen saya membuatkan Dato’ tersinggung dan marah akan saya. Walau bagaimanapun, inilah hakikat yang saya lihat terjadi sekarang apabila saya kini berada di tengah-tengah pihak dan tidak memihak kepada pro-M mahupun pro-Aspirasi.

    Semoga Dato’ dapat memikirkan jalan penyelesaian yang bernas, baik dan terkehadapan. InsyaALLAH.

    Sarfarizmal Bin Saad
    Universiti Kebangsaan Malaysia

  2. salam…sebagai mantan pemimpin pelajar…rasanya suara mahasiswa masih belum bebas untuk menyuarakan pendapat dan idea samaada diperingkat universiti atau kementerian sendiri…harapan kami agar pihak yang terbabit membuka ruang kepada kami mahasiswa di IPTA dan IPTS untuk bebas bersuara menyatakan hak sebagai seorang pelajar tanpa dikenakan tindakan tatatertib…

  3. Asalam Tuan,
    Sememang saya bersetuju bahawa MPP seharusnya mewakili suara pelajar secara keseluruhan dan tidak berpaksikan mana-mana kumpulan pelajar.
    Namun kita tidak harus menidakkan kewujudan aliran pemikiran. Aliran pemikiran ini dilabel pro mahasiswa dan aspirasi dan mungkin juga nama-nama lain. Saya fikir pemimpin aliran pemikiran ini juga tidak mahu diri mereka dilabel dengan parti politik luar. Saya berpendapat seharusnya aliran pemikiran mahasiswa ini tidak patut dikaitkan dengan mana-mana parti politik luar. Namun pihak luar dar kepompong universiti seringkali meletak label politik kepada mereka.

    ANWARHUSSAINSHAIKMOHAMED

  4. Salam YB…

    Saya setuju mengenai beberapa pendapat SARFAMS…

    Tapi bukan semua pemimpin pelajar yang pro Aspirasi tidak menjalankan tanggungjawab mereka….Mungkin hanya segelintir….Dalam setandan pisang pasti ada yang busuk…..Mungkin kerana hanya segelintir menyebabkan nama aspirasi tercalar…..Hanya kerana nila setitik rosak susu sebelanga…..

    Jika hendak dibandingkan dengan pemimpin pelajar pro M juga tidak menyumbang apa-apa idea…

    Seharusnya pemimpin pelajar berjalan seiring dan berganding bahu memperjuangkan kebajikan mahasiswa walaupun mempunyai idealidme yang berbeza……Jangan sering diperkudakan oleh parti politik luar tidak kira Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: