Pilihan raya: Mahasiswa diberi amaran

Pilihan raya: Mahasiswa diberi amaran

BANGI 12 Dis. – Kementerian Pengajian Tinggi memberi amaran kepada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) supaya tidak terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu bulan depan.

Timbalan Menterinya, Datuk Idris Haron berkata, beliau sendiri akan memantau perkara itu bagi memastikan tidak ada mahasiswa melibatkan diri dalam kegiatan itu yang merupakan kesalahan mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).

Beliau berkata, golongan mahasiswa sepatutnya memberi tumpuan kepada tugas utama mereka iaitu untuk mencari ilmu.

“Saya merayu supaya pelajar tidak melibatkan diri dengan kempen politik kerana parti yang bertanding telah mempunyai jentera yang lengkap.

“Kami semua adalah pekerja parti, pelajar berilah tumpuan kepada pelajaran mereka,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penutupan Seminar Sukan Universiti ASEAN di sini hari ini.

Seminar anjuran Akademi Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM) itu disertai 110 peserta tempatan dan 40 peserta dari negara-negara ASEAN.

Tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Razali Ismail ditetapkan pada 6 Januari depan manakala hari pengundian pula pada 17 Januari.

Mengenai seminar sukan itu, Idris berkata, pihaknya mahu melihat universiti dijadikan medan untuk mengasah bakat sukan di kalangan mahasiswa bukan menjadi tempat menguburkannya.

Beliau berkata, para pentadbir universiti dan pensyarah tidak wajar beranggapan penumpuan terhadap bidang sukan akan menyebabkan penarafan universiti mereka merudum.

Beliau berkata, perkara itu telah dibuktikan oleh universiti-universiti ternama dunia yang turut cemerlang dalam bidang sukan.

“Kalau maju sukan, penarafan universiti akan naik. Universiti Oxford, Cambridge, Harvard dan Yale umpamanya mempunyai pasukan pendayung terhebat dunia.

“Kalau masyarakat kita kata sukan akan menyebabkan kemerosotan prestasi akademik di universiti, itu saya bantah,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: