UMNO perlu tukar cara lama.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, pemimpin Umno kurang mesra dengan pengundi.

Manakala, Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula berkata, parti itu telah hilang daya penarik terutamanya di kalangan orang muda.

Kedua-dua mereka berkata demikian ketika diminta mengulas kekalahan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari lalu.

Sementara itu, exco Pemuda Umno, Datuk Idris Haron berkata, Umno hilang daya tarikan di kalangan rakyat kerana masih terikat dengan cara lama.

Ini bermakna, katanya, pemimpin Umno perlu berubah mengikut keperluan semasa.

“Umpamanya, untuk membuat sesuatu keputusan, ia perlu mengambil kira pandangan dari semua pihak.

“Kalau hendak memilih calon, mestilah mengambil kira kehendak pengundi di kawasan terbabit,” kata beliau yang juga timbalan menteri pengajian tinggi.

Mengenai pemimpin Umno yang dikatakan kurang mesra, Idris berkata, pemimpin akar umbi perlu lebih mesra dengan masyarakat di kawasannya.

Katanya, jika pemimpin mesra rakyat, mereka sekaligus melihat Umno sebagai parti yang mesra rakyat.

Advertisements

Beef up security, campuses told

Our report  on the assault on New Era College chairman Dr Yap Sin Tian yesterday.

PUTRAJAYA: All private and public universities have been directed to beef up security at their premises following the attack on New Era College chairman Dr Yap Sin Tian.

Higher Education deputy ministers Dr Hou Kok Chung and Datuk Dr Idris Haron believed that the lack of security led to the assault.

Dr Yap, who is also Dong Jiao Zong president, suffered a bloody nose after a former student punched him during the college’s convocation ceremony in Kajang on Sunday.

Hou said the incident had marred the college’s image, adding that it was “unacceptable and an embarrassment to all academicians.”

Expressing shock and sadness over the incident, Hou said the attack should not have taken place during such an important event.
“I hope the college management will co-operate with the police. It is inappropriate for personal grudges to be expressed openly during such an important occasion.”

Despite the incident, Hou said the ministry would continue to facilitate the upgrading of the college into a university college.

“I have no intention to interfere in this matter but I hope the college, as an independent institution, will solve its internal matters.”

Idris said this was the first time such an incident had happened in the country.

“We have over 500 private higher learning institutions and the ministry has outlined the guidelines required to tackle risks and negative behavioural syndromes shown by students or staff. We hope the police can complete their investigations soon.”

Majlis Himpunan Mahasiswa Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)

KUALA TERENGGANU – Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Ir. Idris Haron telah menghadiri majlis Himpunan Mahasiswa Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) yang diadakan di perkarangan kafetaria Kompleks Kediaman Pelajar UDM Kampus KUSZA, semalam.

Majlis yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) itu turut dihadiri Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman.

Ketibaan Datuk Ir. Idris telah disambut oleh Naib Canselor UDM, Dato’ Prof. Dr. Alias Daud, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Mohd. Afandi Muhamad, Pendaftar UDM, Nurul Huda @ Ariffin Muda dan Bendahari UDM, Baharin Salim.

Turut menyambut kehadiran beliau ialah Pengarah Kampus KUSZA, Dr. Ahmad Shukri Yazid, Dekan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Nordin Jusoh, Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Prof. Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif, Dekan Fakulti Pertanian dan Bioteknologi, Prof. Dr. Abdul Manaf Ali dan ahli Majlis Perwakilan Pelajar UDM sesi 08/09.

Pada majlis itu juga Datuk Ir. Idris juga sudi menyampaikan watikah pelantikan kepada Majlis Perwakilan Pelajar dan menjawab beberapa soalan yang dikemukakan oleh pelajar.

Caj khidmat 1 peratus kekal

Caj khidmat 1 peratus kekal

Lebihan bayaran PTPTN akan dipulangkan kepada peminjam

KUALA LUMPUR: Caj perkhidmatan satu peratus kepada pelajar yang memperoleh pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah kekal dan tetap dilaksanakan,” kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron.

Beliau berkata, tiada perubahan mengenai perkara itu sejak kerajaan membuat keputusan mengenakan caj satu peratus berbanding kadar lama tiga peratus untuk pelajar ijazah sarjana muda dan lima peratus untuk pelajar ijazah sarjana dan PhD, berkuat kuasa 1 Jun lalu.

“Caj satu peratus tiada perubahan, tetap dilaksanakan bermula pada tarikh kita buat pengumuman.

“Orang ramai tidak perlu risau kerana kita dalam proses mengemas kini data peminjam, semua peminjam akan nikmati kemudahan itu kecuali mereka yang mempunyai kes tunggakan dan kes perintah mahkamah.

“Mereka yang tidak ada masalah, tidak perlu bimbang,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terkini caj PTPTN yang menimbulkan kekeliruan orang ramai kerana pengurusan PTPTN masih mengenakan caj lama.

Mengulas lanjut, Idris yang juga calon Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, mana-mana peminjam yang layak menikmati caj satu peratus tetapi dikenakan caj tiga peratus, kadarnya akan dikira semula dan lebihan bayaran akan dikembalikan.

“Jangan mengamuk, jangan marah, kita kerajaan prihatin, kotakan janji.

“Caj satu peratus tetap dilaksanakan, ‘back dated’ dikira semula bermula daripada tarikh kita buat pengumuman untuk mengurangkan caj itu,” katanya.

Baru-baru ini, PTPTN mengumumkan penangguhan pengurangan kadar caj satu peratus yang dijanjikan bermula bulan ini berikutan keb anyakan peminjam gagal me ngemas kini data peribadi mere ka terutama alamat terkini.

Pengerusinya, Datuk Dr Mohamed Shahrum Osman, berkata pihaknya akan cuba menghantar notis secara berperingkat secepat mungkin tetapi belum menetapkan tarikh kerana perlu menunggu data dan alamat terkini daripada peminjam.

Sumber: Berita Harian

Universiti Disaran Sedia Program Bahasa Inggeris

Universiti Disaran Sedia Program Bahasa Inggeris

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) — Kementerian Pengajian Tinggi menyarankan institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) seluruh negara menyediakan program bahasa Inggeris kepada pelajar di luar waktu kuliah sebelum tamat graduan.

Timbalan Menterinya, Datuk Idris Haron berkata ini kerana hasil laporan yang diterima kementeriannya mendapati kebanyakan pelajar yang tamat pengajian gagal mendapatkan pekerjaan kerana kelemahan bertutur dan berkomunikasi dengan baik dalam bahasa kedua itu.

“Maka Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Akademik perlu menyediakan program kepada pelajar sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tamat graduan supaya mereka dapat menguasai bahasa Inggeris (dengan lebih baik lagi)”.

“Pelajar boleh menyertai communication workshops and skills bagi meningkatkan penguasaan dalam bahasa Inggeris dengan lebih efektif dan berkesan lagi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan “The Star Education Fair” di sini, Sabtu.

Idris berkata kementeriannya sedar ramai graduan yang tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan berkesan termasuk kesalahan sebutan, penyusunan ayat dan nahu.

Beliau berkata graduan perlu menguasai bahasa kedua itu sebelum berusaha meluaskan pengetahuan dengan menguasai bahasa ketiga.

Idris juga berkata tarikh akhir bagi pemilihan majlis perwakilan pelajar kampus adalah pada 19 Januari dan jika ada penangguhan disebabkan faktor yang tidak boleh dielakkan maka pemilihan itu perlu diselesaikan selewat-lewatnya akhir bulan dengan sebarang penangguhan perlu dimaklumkan kepada kementerian.

Terdahulu di majlis itu beliau menyarankan kepada semua pihak untuk tampil menyahut seruan kerajaan membantu meningkatkan taraf pendidikan di negara ini.

Idris berkata ini penting supaya negara tidak ketinggalan dan terus maju dalam arus pembangunan pendidikan seperti negara lain, selain melahirkan generasi pelajar yang cemerlang.

— BERNAMA

UMNO dan BN utamakan keselalamatan dan keamanan negara

KLEBANG KECIL, 4 Jan- Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Ir Idris Haron menegaskan, hanya UMNO dan Barisan Nasional (BN) sahaja yang sentiasa mengutamakan keselamatan dan keamanan negara ini.

Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Melaka berkata, tiada parti politik di dunia selain UMNO dan BN yang mementingkan keselamatan dan keamanan negara ini.

“Setelah 52 tahun mencapai kemerdekaan, kita telahpun mendapat mandat politik yang besar. Tiada parti politik di dunia selain UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang mementingkan keselamatan dan keamanan negara,” katanya.

Idris yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata demikian ketika berucap di program ‘Jom Bermesra Bersama Pemimpin Masyarakat” anjuran UMNO Cawangan Klebang Kecil dan Belia 4B Cawangan Klebang Kecil di Kampung Klebang Kecil di sini semalam.

Program tersebut bertujuan menghimpun dan mengeratkan hubungan penduduk Kampung Klebang Kecil dengan Ahli Parlimen Tangga Batu itu yang berasal dari kampung berkenaan.

Idris berkata, justeru, berdasarkan senario itu, semua pihak perlu memberi sokongan kepada UMNO dan BN kerana rakyat diperingkat akar umbi yang menentukan sejauh mana parti itu boleh bertahan dan berjuang.

“Kita perlu terus memberi sokongan kepada parti (UMNO dan BN) kerana kita yang di bawah (rakyat) inilah sebenarnya yang menentukan sejauh mana parti (UMNO dan BN) boleh terus berjuang dan bertahan,” katanya.

Beliau berkata, kesungguhan rakyat dalam menentukan ketahanan UMNO dan BN amat diperlukan bagi membolehkan generasi masa depan dapat hidup dalam keadaan yang lebih baik dan sempurna lagi.

Idris berkata, idealisme pembaharuan dalam UMNO yang kini diamalkan oleh parti yang bertulang belakangkan orang-orang Melayu itu boleh memberi wajah baru kepada UMNO dalam konteks pembangunan ummah yang terbaik.

“Caranya (yang diamalkan oleh UMNO) mudah, mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan seterusnya beriman kepada Allah s.w.t,” katanya lagi.

Sementara itu pada majls berkenaan, Ketua Wanita UMNO Cawangan Klebang Kecil, Jamilah Yusof turut menyerahkan borang keahlian baru UMNO membabitkan seramai 23 orang bagi UMNO Cawangan Klebang Kecil.

Manakala Pengerusi Penaja 4B Cawangan Klebang Kecil, Mardiana Muzaporkahan yang juga Jawatankuasa Penaja 4B Bahagian Tangga Batu pula, menyerahkan 57 borang keahlian Belia 4B Cawangan Klebang Kecil.

Pelbagai program telah diatur sepanjang hari berkenaan, antaranya pertandingan mewarna kanak-kanak, persembahan kebudayaan, pertandingan karaoke, sukaneka, senaman aerobik dan pertandingan memasak.

Sumber: Melaka Hari Ini

Cuaca, Makanan Tidak Halang Kedatangan Pelajar Asing

Cuaca, Makanan Tidak Halang Kedatangan Pelajar Asing

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) — Faktor cuaca, pemakanan dan kemudahan teknologi tidak menghalang pelajar-pelajar asing untuk melanjutkan pengajian di negara ini, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Idris Haron berkata faktor tersebut tidak langsung mengekang pelajar terbabit untuk melanjutkan pengajian di sini malah terdapat peningkatan bilangan pelajar antarabangsa yang berminat untuk menuntut di Malaysia.

“Suka saya nyatakan bahawa cuaca, makanan dan juga kecekapan pengurusan tidak menjadi masalah kepada pelajar-pelajar antarabangsa yang mahu menuntut di negara ini,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Soon Tian Szu pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Idris berkata negara-negara yang paling banyak menghantar pelajar ke Malaysia ialah Indonesia, China, Iran, Nigeria serta Yaman.

Katanya rakan sejawatannya dari Yaman iaitu Mohamed Mutaher, semasa pertemuan semalam, menyatakan persetujuan untuk menambah 500 pelajar bagi melanjutkan pengajian di negara ini.

“Yaman telah menyatakan kagum mereka terhadap masyarakat di negara kita, memuji keenakan makanan, cuaca serta kelengkapan infrastruktur negara ini, justeru mereka berjanji untuk menambah 500 lagi pelajarnya,” katanya.

— BERNAMA