Anjur program dekati pengundi

Anjur program dekati pengundi

CYBERJAYA 14 Dis. – Pergerakan Pemuda UMNO akan menganjurkan program-program yang lebih bersifat mendekati pengundi pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

Exco Pemuda UMNO, Datuk Idris Haron berkata, menerusi program tersebut, Pemuda akan memberi penjelasan mengenai pencapaian yang telah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) di Terengganu dan di peringkat Persekutuan.

”Saya yakin Pemuda akan mempunyai peranan dan tanggungjawab yang lebih daripada yang biasa kerana pilihan raya kecil ini menjadi tontonan semua di dalam dan luar negara selepas Permatang Pauh,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Graduasi Generasi Baru Felda di Universiti Limkokwing di sini hari ini.

Pada majlis tersebut seramai 409 anak peneroka menerima diploma masing-masing dalam pelbagai bidang termasuk Animasi, Dandanan Rambut, Hiasan Dalaman, Reka bentuk Grafik, Teknologi Maklumat dan Pengurusan Perniagaan.

Idris berkata, cabaran bagi BN ialah mengekalkan kerusi Parlimen tersebut dan menghadapi calon berpengalaman dari parti pembangkang.

Pada pilihan raya umum lalu, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Allahyarham Datuk Razali Ismail menang dengan majoriti 628 undi apabila memperoleh 32,562 undi menewaskan calon Pas, Mohamad Sabu (31,934 undi) dan calon bebas Maimun Yusuf, 89, mendapat 685 undi.

”Ramai yang kata Mohammad Sabu akan jadi calon dan beliau ini ada pengalaman jadi calon di sana dan telah dikenali rapat oleh para pengundi.

”Itulah sebabnya kita terpaksa aturkan gerak kerja yang terperinci dan program Pemuda ialah mendekati para pengundi,” katanya.

Dalam pada itu Idris berkata, Universiti Limkokwing telah menunaikan tanggungjawab sosialnya apabila memberi peluang kepada hampir 1,200 anak peneroka Felda meneruskan pengajian di situ.

Menurutnya, peluang untuk meneruskan pengajian kali kedua oleh universiti terkemuka itu memberi peluang kepada mereka mengubah masa depan dan memperbaiki kualiti hidup warga Felda.

Kemasukan para penuntut di kalangan anak-anak warga Felda telah membantu menjadikan peratusan pelajar Islam di universiti itu sebanyak 52 peratus.

sumber:utusan malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: