Caj khidmat 1 peratus kekal

Caj khidmat 1 peratus kekal

Lebihan bayaran PTPTN akan dipulangkan kepada peminjam

KUALA LUMPUR: Caj perkhidmatan satu peratus kepada pelajar yang memperoleh pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah kekal dan tetap dilaksanakan,” kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron.

Beliau berkata, tiada perubahan mengenai perkara itu sejak kerajaan membuat keputusan mengenakan caj satu peratus berbanding kadar lama tiga peratus untuk pelajar ijazah sarjana muda dan lima peratus untuk pelajar ijazah sarjana dan PhD, berkuat kuasa 1 Jun lalu.

“Caj satu peratus tiada perubahan, tetap dilaksanakan bermula pada tarikh kita buat pengumuman.

“Orang ramai tidak perlu risau kerana kita dalam proses mengemas kini data peminjam, semua peminjam akan nikmati kemudahan itu kecuali mereka yang mempunyai kes tunggakan dan kes perintah mahkamah.

“Mereka yang tidak ada masalah, tidak perlu bimbang,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terkini caj PTPTN yang menimbulkan kekeliruan orang ramai kerana pengurusan PTPTN masih mengenakan caj lama.

Mengulas lanjut, Idris yang juga calon Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, mana-mana peminjam yang layak menikmati caj satu peratus tetapi dikenakan caj tiga peratus, kadarnya akan dikira semula dan lebihan bayaran akan dikembalikan.

“Jangan mengamuk, jangan marah, kita kerajaan prihatin, kotakan janji.

“Caj satu peratus tetap dilaksanakan, ‘back dated’ dikira semula bermula daripada tarikh kita buat pengumuman untuk mengurangkan caj itu,” katanya.

Baru-baru ini, PTPTN mengumumkan penangguhan pengurangan kadar caj satu peratus yang dijanjikan bermula bulan ini berikutan keb anyakan peminjam gagal me ngemas kini data peribadi mere ka terutama alamat terkini.

Pengerusinya, Datuk Dr Mohamed Shahrum Osman, berkata pihaknya akan cuba menghantar notis secara berperingkat secepat mungkin tetapi belum menetapkan tarikh kerana perlu menunggu data dan alamat terkini daripada peminjam.

Sumber: Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: