Cuaca, Makanan Tidak Halang Kedatangan Pelajar Asing

Cuaca, Makanan Tidak Halang Kedatangan Pelajar Asing

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) — Faktor cuaca, pemakanan dan kemudahan teknologi tidak menghalang pelajar-pelajar asing untuk melanjutkan pengajian di negara ini, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Idris Haron berkata faktor tersebut tidak langsung mengekang pelajar terbabit untuk melanjutkan pengajian di sini malah terdapat peningkatan bilangan pelajar antarabangsa yang berminat untuk menuntut di Malaysia.

“Suka saya nyatakan bahawa cuaca, makanan dan juga kecekapan pengurusan tidak menjadi masalah kepada pelajar-pelajar antarabangsa yang mahu menuntut di negara ini,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Soon Tian Szu pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Idris berkata negara-negara yang paling banyak menghantar pelajar ke Malaysia ialah Indonesia, China, Iran, Nigeria serta Yaman.

Katanya rakan sejawatannya dari Yaman iaitu Mohamed Mutaher, semasa pertemuan semalam, menyatakan persetujuan untuk menambah 500 pelajar bagi melanjutkan pengajian di negara ini.

“Yaman telah menyatakan kagum mereka terhadap masyarakat di negara kita, memuji keenakan makanan, cuaca serta kelengkapan infrastruktur negara ini, justeru mereka berjanji untuk menambah 500 lagi pelajarnya,” katanya.

— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: