Pelajar lelaki masih kuasai pengajian Ph.D

Pelajar lelaki masih kuasai pengajian Ph.D

KUALA LUMPUR 26 Nov. – Walaupun pelajar perempuan kini merupakan majoriti di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), mereka sebenarnya masih lagi ketinggalan berbanding pelajar lelaki di peringkat pengajian ijazah doktor falsafah (Ph.D).

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron berkata, perangkaan kementeriannya menunjukkan sebanyak 61 peratus pelajar lelaki kini mengikuti pengajian Ph.D di IPTA.

‘‘Bilangan pelajar lelaki melebihi perempuan turut berlaku di politeknik dan kolej komuniti dengan kemasukan pada Januari lalu masing-masing sebanyak 56 peratus dan 57 peratus,” katanya menjawab soalan tambahan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Khairy bertanyakan statistik pelajar lelaki dan perempuan di IPTA dan langkah-langkah yang sedang dan akan diambil bagi menangani sebarang ketidakseimbangan jantina yang wujud.

Sumber:Utusan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: