Sedia terima ramai pelajar Yemen

Sedia terima ramai pelajar Yemen

KUALA LUMPUR 17 Dis. – Malaysia bersedia menerima kemasukan lebih ramai pelajar Yemen selepas mendapati mereka tidak banyak menimbulkan masalah ketika menuntut di negara ini.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron berkata, kebanyakan pelajar negara itu telah menunjukkan budi pekerti yang baik dan sikap tidak menyusahkan masyarakat setempat.

”Kita berasa senang hati kerana pelajar Yemen mudah didekati, berdisiplin dan tidak menimbulkan sebarang masalah kepada masyarakat kita,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan Penyelidikan Saintifik Yemen, Dr. Mohammed M. Mottahar di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Sekarang terdapat kira-kira 2,500 pelajar Yemen di institusi pengajian tinggi (IPT) negara ini dan 1,500 daripadanya ditaja kerajaan negara berkenaan.

Idris berkata, kemasukan lebih banyak pelajar Yemen ke IPT di negara ini akan dapat menepis segala tohmahan yang dibuat parti pembangkang bahawa universiti di Malaysia tidak mencapai taraf antarabangsa.

”Ada orang kita menghina IPT di negara ini dengan mendakwa ia seperti sekolah rendah dan di dalam Parlimen juga banyak disebut bahawa universiti kita tidak setaraf dengan universiti luar. Orang Yemen nampaknya berminat menghantar lebih ramai pelajar mereka ke sini dan ini sekali gus menafikan dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang menyatakan universiti kita adalah kelas kedua,” katanya.

sumber:utusan malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: