Tiga IPTS diberi amaran

Tiga IPTS diberi amaran

PUTRAJAYA 22 Dis. – Kementerian Pengajian Tinggi mengeluarkan surat amaran kepada tiga buah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) kerana gagal menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang memuaskan kepada pelajar antarabangsa.

Timbalan Menterinya, Datuk Idris Haron berkata, IPTS yang gagal memperbaiki kemudahan selepas menerima surat amaran itu akan ditarik balik lesen untuk menawarkan tempat pengajian kepada pelajar antarabangsa.

”IPTS yang gagal mematuhi piawaian kualiti yang ditetapkan kerajaan akan menerima surat amaran supaya keadaannya dibaiki dengan segera.

”Pegawai juga akan dihantar untuk menjalankan audit ke atas IPTS tersebut dan sekiranya gagal membaiki diri, kita tidak akan membenarkan mereka menawarkan tempat pengajian kepada pelajar antarabangsa,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Presiden Universiti LimKokWing, Tan Sri Lim Kok Wing di kementerian itu di sini hari ini.

Dalam pada itu, Idris berkata, semua institut pengajian tinggi (IPT) disaran melaporkan kepada pejabat kedutaan atau pesuruhjaya tinggi negara terlibat sekiranya terdapat pelajar asing yang melanggar peraturan.

”Wakil beberapa kerajaan asing telah memaklumkan kepada kita bahawa mereka akan menghantar balik pelajar yang menimbulkan masalah di negara ini.

”Saya ingin tegaskan bahawa kebanyakan pelajar asing berkelakuan baik, cuma ada sebahagian kecil menimbulkan masalah kerana tidak memahami budaya dan adat tempatan,” katanya.

Menurutnya, semua IPT telah diarah menjalankan program-program yang dapat meningkatkan persefahaman antara pelajar tempatan dengan pelajar asing.

Tambahnya, kerajaan asing juga digalakkan membina pusat pelajar di negara ini untuk mengatasi pelbagai masalah yang mungkin melanda pelajar mereka ketika melanjutkan pelajaran di negara ini.

sumber: Utusan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: