UMNO dan BN utamakan keselalamatan dan keamanan negara

KLEBANG KECIL, 4 Jan- Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Ir Idris Haron menegaskan, hanya UMNO dan Barisan Nasional (BN) sahaja yang sentiasa mengutamakan keselamatan dan keamanan negara ini.

Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Melaka berkata, tiada parti politik di dunia selain UMNO dan BN yang mementingkan keselamatan dan keamanan negara ini.

“Setelah 52 tahun mencapai kemerdekaan, kita telahpun mendapat mandat politik yang besar. Tiada parti politik di dunia selain UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang mementingkan keselamatan dan keamanan negara,” katanya.

Idris yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata demikian ketika berucap di program ‘Jom Bermesra Bersama Pemimpin Masyarakat” anjuran UMNO Cawangan Klebang Kecil dan Belia 4B Cawangan Klebang Kecil di Kampung Klebang Kecil di sini semalam.

Program tersebut bertujuan menghimpun dan mengeratkan hubungan penduduk Kampung Klebang Kecil dengan Ahli Parlimen Tangga Batu itu yang berasal dari kampung berkenaan.

Idris berkata, justeru, berdasarkan senario itu, semua pihak perlu memberi sokongan kepada UMNO dan BN kerana rakyat diperingkat akar umbi yang menentukan sejauh mana parti itu boleh bertahan dan berjuang.

“Kita perlu terus memberi sokongan kepada parti (UMNO dan BN) kerana kita yang di bawah (rakyat) inilah sebenarnya yang menentukan sejauh mana parti (UMNO dan BN) boleh terus berjuang dan bertahan,” katanya.

Beliau berkata, kesungguhan rakyat dalam menentukan ketahanan UMNO dan BN amat diperlukan bagi membolehkan generasi masa depan dapat hidup dalam keadaan yang lebih baik dan sempurna lagi.

Idris berkata, idealisme pembaharuan dalam UMNO yang kini diamalkan oleh parti yang bertulang belakangkan orang-orang Melayu itu boleh memberi wajah baru kepada UMNO dalam konteks pembangunan ummah yang terbaik.

“Caranya (yang diamalkan oleh UMNO) mudah, mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan seterusnya beriman kepada Allah s.w.t,” katanya lagi.

Sementara itu pada majls berkenaan, Ketua Wanita UMNO Cawangan Klebang Kecil, Jamilah Yusof turut menyerahkan borang keahlian baru UMNO membabitkan seramai 23 orang bagi UMNO Cawangan Klebang Kecil.

Manakala Pengerusi Penaja 4B Cawangan Klebang Kecil, Mardiana Muzaporkahan yang juga Jawatankuasa Penaja 4B Bahagian Tangga Batu pula, menyerahkan 57 borang keahlian Belia 4B Cawangan Klebang Kecil.

Pelbagai program telah diatur sepanjang hari berkenaan, antaranya pertandingan mewarna kanak-kanak, persembahan kebudayaan, pertandingan karaoke, sukaneka, senaman aerobik dan pertandingan memasak.

Sumber: Melaka Hari Ini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: