Universiti Disaran Sedia Program Bahasa Inggeris

Universiti Disaran Sedia Program Bahasa Inggeris

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) — Kementerian Pengajian Tinggi menyarankan institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) seluruh negara menyediakan program bahasa Inggeris kepada pelajar di luar waktu kuliah sebelum tamat graduan.

Timbalan Menterinya, Datuk Idris Haron berkata ini kerana hasil laporan yang diterima kementeriannya mendapati kebanyakan pelajar yang tamat pengajian gagal mendapatkan pekerjaan kerana kelemahan bertutur dan berkomunikasi dengan baik dalam bahasa kedua itu.

“Maka Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Akademik perlu menyediakan program kepada pelajar sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tamat graduan supaya mereka dapat menguasai bahasa Inggeris (dengan lebih baik lagi)”.

“Pelajar boleh menyertai communication workshops and skills bagi meningkatkan penguasaan dalam bahasa Inggeris dengan lebih efektif dan berkesan lagi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan “The Star Education Fair” di sini, Sabtu.

Idris berkata kementeriannya sedar ramai graduan yang tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan berkesan termasuk kesalahan sebutan, penyusunan ayat dan nahu.

Beliau berkata graduan perlu menguasai bahasa kedua itu sebelum berusaha meluaskan pengetahuan dengan menguasai bahasa ketiga.

Idris juga berkata tarikh akhir bagi pemilihan majlis perwakilan pelajar kampus adalah pada 19 Januari dan jika ada penangguhan disebabkan faktor yang tidak boleh dielakkan maka pemilihan itu perlu diselesaikan selewat-lewatnya akhir bulan dengan sebarang penangguhan perlu dimaklumkan kepada kementerian.

Terdahulu di majlis itu beliau menyarankan kepada semua pihak untuk tampil menyahut seruan kerajaan membantu meningkatkan taraf pendidikan di negara ini.

Idris berkata ini penting supaya negara tidak ketinggalan dan terus maju dalam arus pembangunan pendidikan seperti negara lain, selain melahirkan generasi pelajar yang cemerlang.

— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: