MBM cadangkan dwi bahasa tentang PPSMI

 Majlis Belia Malaysia (MBM)  mencadangkan supaya pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dilaksanakan dalam sistem dwibahasa, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Timbalan Presiden MBM, Datuk Idris Haron berkata, kaedah itu lebih sesuai sebagai jalan tengah penyelesaian isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang bersifat menang-menang.

Menurut beliau, ini bermakna kerajaan perlu meneruskan dasar PPSMI tetapi pada masa sama turut membenarkan pelajar dan ibu bapa membuat pilihan terbaik mengikut kesesuaian kemahiran bahasa anak- anak mereka.

“Jalan terbaik ialah mengambil pendekatan menang-menang atau jalan tengah kerana selepas PPSMI diperkenalkan kira-kira enam tahun lalu, telah banyak pelaburan yang dibuat termasuk kos penerbitan buku teks dalam bahasa Inggeris dan latihan kepada guru terbabit.

“Malah pada masa sama juga terdapat para pelajar dan ibu bapa yang selesa dengan penggunaan bahasa Inggeris.

“Bagaimanapun kita tidak boleh lupakan sekumpulan pelajar lain terutama di kawasan pedalaman yang ketinggalan dalam kedua-dua subjek kerana masalah bahasa,” katanya.

One Response

  1. Saya sokong YB Datuk. Kekusutan ini memerlukan penyelesaian pada diri kita sendiri. Kerajaan mempunyai niat yang baik memulakan PPSMI, tetapi rakyat-rakyat malaysia tidak merestui tindakan tersebut. Tindakan Pengajaran dwi-bahasa ini adalah tindakan paling baik dan memenuhi keperluan semua bangsa di Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: