MBBS UM tidak diiktiraf EU

MBBS UM tidak diiktiraf EU

KUALA LUMPUR: Ijazah Perubatan (MBBS) dari Universiti Malaya (UM) tidak diiktiraf Kesatuan Eropah (EU) bermula sesi kemasukan pelajar pada 1990.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron, berkata mengikut ketetapan Majlis Perubatan Awam (GMC), MBBS yang dijalankan di luar komuniti EU tidak layak mendapat pengiktirafan daripada majlis itu.

“Ketetapan ini bukan hanya tertumpu kepada Ijazah Perubatan dari Malaysia tetapi juga dari universiti di Hong Kong, New Zealand, Australia dan Singapura yang menawarkan program sama dan melahirkan pakar perubatan terbaik,” katanya pada sesi soal-jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan M Manogaran (DAP-Teluk Intan) yang ingin tahu sejak bilakah MBBS dari UM tidak lagi diiktiraf kerajaan Britain serta punca ia tidak diiktiraf sedangkan ia pernah mendapat kelayakan itu sebelum ini.

Kepada soalan tambahan Manogaran mengenai langkah kerajaan bagi mendapatkan semula pengiktirafan itu, Idris berkata kerajaan mengadakan pertukaran pelajar perubatan dengan universiti di United Kingdom.

“Umpamanya kita adakan kerja sama pertukaran pelajar dengan Queen University of Belfast (QUB) untuk menggalakkan hubungan dua hala bagi tujuan pemindahan kredit yang boleh menyumbang kepada perkembangan pengiktirafan sarjana perubatan dari sini.

“Langkah ini diiktiraf beberapa universiti dalam kesatuan universiti yang bekerja sama dengan GMC dalam EU dan Majlis Perubatan Malaysia,” katanya. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: